Inovasi PdP - Way Finding
Info Inovasi
Pelbagai konsep pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam meningkatkan kefahaman pelajar sepanjang pengajian mereka dalam kursus Asas Pengurusan Logistik (SLK1053) serta Prinsip dan Amalan Pengangkutan (SLK 2023). Inovasi ini menggunakan aplikasi mobile dan juga pangkalan data cloud untuk memudahkan proses pembelajaran supaya lebih interaktif dan santai.
Inovasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dunia sebenar dalam mode pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia. Konsep pembelajaran secara ekplorasi dan pengalaman merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam kursus asas pengurusan logistik.
Inovasi ini juga berkonsepkan pembelajaran berbentuk permainan atau games dengan memilih kaedah treasure hunt dijadikan asas menjayakan PdP.