top of page

iFolioSys - (Simulasi Gabungan Sistem EDI Secara Gambaran yang Berkonsepkan Penulisan Portfolio Berasaskan Web)

Info Inovasi 

“iFolioSys” ialah merupakan satu sistem simulasi gabungan sistem EDI (Electronic Data Interchange) secara gambaran yang berkonsepkan penulisan portfolio berasaskan web khususnya dalam bidang Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan. Menurut (L Bhat, 2020), EDI merupakan proses penghantaran dokumen perniagaan secara elektronik dari komputer satu syarikat ke komputer syarikat yang lain. Dari satu sudut yang lain, portfolio pula telah ditambah baik dengan elemen penulisan yang berasaskan web dan bercirikan Revolusi Industri 4.0. Sistem ini dibangunkan agar dapat menangani masalah pelajar yang sukar memahami isi kandungan mengenai prosedur dan dokumen yang terlibat dalam import dan eksport serta menghadapi kesukaran untuk menulis dengan cara yang betul dalam portfolio semasa menjalani Latihan Industri (LI) atau Work Based Learning (WBL).

 

Oleh itu, objektif “iFolioSys” ini adalah menjadi salah satu sistem simulasi pembelajaran berasaskan web yang mempelbagaikan kualtiti sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah kursus, memudahkan pelajar membuat penulisan portfolio semasa menjalani Latihan Industri (LI) atau Work Based Learning (WBL) secara atas talian dan memberi peluang kepada pelajar menghuraikan teori pengetahuan mengenai prosedur serta fungsi dokumentasi aktiviti Eksport secara terperinci. Penggunaan “iFolioSys” telah dibuat bersama dua orang pelajar Semester 3 yang mengambil Sijil Perkhidmatan Logistik di Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang secara berperingkat menggunakan Google Meet bagi mengujilari keberkesanan sistem. Selepas melalui beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, pelajar telah memberi maklumbalas mengenai “iFolioSys” menggunakan Google Form.

 

Secara keseluruhan, reaksi pelajar sebagai responden adalah positif dan objektif “iFolioSys” ini dapat dicapai dengan penambahbaikan dari masa ke semasa terutama dari aspek isi kandungan, iaitu aliran proses kerja bagi eksport secara LCL (Less Container Load) yang wajar dimasukkan agar pelajar lebih terdedah dengan operasi perniagaan e-dagang. Dari sudut teknikal pula, ianya memerlukan penambahbaikan dari sudut komponen yang boleh dinilai oleh pensyarah berasaskan masa sebenar (real time-based) dan pelajar boleh berkolaborasi dengan pensyarah atau pelajar-pelajar lain secara atas talian melalui platform “iFolioSys”.

Anugerah dan Pencapaian 

Penyertaan dalam IAM 2021 dan telah memenagi pingat PERAK.  

Video Penggunaan Inovasi

Penerbitan iFolioSys - eISBN 978-967-19132-0-8

Download Di sini >>

bottom of page