top of page

Sijil Perkhidmatan Logistik

 

PENGENALAN


Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) merupakan program sepenuh masa peringkat sijil yang ditawarkan selama dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri. Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha merancang dan menawarkan program Sijil Perkhidmatan Logistik bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan asas logistik, pengurusan gudang, inventori, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain daripada itu, program ini turut menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Melalui program ini pelajar tidak hanya didedahkan kepada kemahiran teknikal malahan juga kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar yang kompetitif dalam pasaran industri.

​

SINOPSIS


Program Sijil Perkhidmatan Logistik dibangunkan bagi membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam asas pengurusan logistik, inventori, pergudangan, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan. Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, kurikulum juga menekankan kepada pengembangan potensi pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam, pengajian moral, kokurikulum dan keusahawanan.


Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar ini dapat menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Program Pengajian (Programme Educational Objectives-PEO)
images471E0SLN.jpg

Sijil Perkhidmatan Logistik mampu menghasilkan pengamal perkhidmatan logistik yang:
OP 1 : menunjukkan pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah dan mempamerkan kemahiran teknikal dalam bidang perkhidmatan logistik.
OP 2 : mengamalkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal dalam bidang perkhidmatan logistik.
OP 3 : mempamerkan kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam menyampaikan perkhidmatan.
OP 4 : mengamalkan pembangunan kendiri, ciri kepimpinan, pemikiran keusahawanan dan mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcome-PLO)
imagesEK0QQL42.jpg

Di akhir program ini, pelajar akan boleh:
PLO 1 : Mengetahui prinsip asas logistik dan rantaian bekalan dalam menguruskan operasi perniagaan.
PLO 2 : Mengaplikasikan konsep logistik dan rantaian bekalan dalam menyelesaikan masalah operasi industri.

PLO 3 : Menunjukkan kemahiran teknikal dalam menguruskan aktiviti logistik dan rantaian bekalan.

PLO 4 : Mengamalkan kemahiran interpersonal dan kerja berkumpulan dalam menguruskan operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 5 : Mengamalkan kemahiran berkomunikasi berkesan dalam menguruskan operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 6 : Mengaplikasikan kemahiran digital dalam menguruskan operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 7 : Menggunakan analisis data berangka dalam menguruskan operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 8 : Mengamalkan kemahiran kepimpinan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti harian operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 9 : Membina kemahiran kendiri untuk pembangunan diri dan perkembangan kerjaya dalam persekitaran industri logistik dan rantaian bekalan.

PLO 10 : Mengamalkan kemahiran keusahawanan dalam menguruskan operasi logistik dan rantaian bekalan.

PLO 11 : Menerapkan etika kerja secara profesional bagi meningkatkan prestasi kerja dalam industri logistik dan rantaian bekalan.

Senarai Kursus Program Sijil Perkhidmatan Logistik 

01

Semester 1

SPP30303 - Statistik

SPP10153 - Prinsip Pemasaran 

SPP10163 - Asas Pengurusan 

SPP20203 - Mikroekonomi

SPP10023 - Asas Pengurusan 

SLK10123 - Prinsip & Amalan Pengangkutan 

02

Semester 2 

SPP20213 - Prinsip Perakaunan

SPP20233 - Etika Perniagaan 

SPP20243 - Asas Komunikasi Perniagaan 

SPP30263 - Makroekonomi

SLK20133 - Pengurusan Rantaian Bekalan 

03

Semester 3 

SPP20223 - Keusahawanan Digital 

SPP30253 - Pengurusan Sumber Manusia

SLK30143 - Pengurusan Operasi Gudang & Pengagihan

SLK30153 - Pengurusan Perolehan & Sumber 

SLK30163 - Pengurusan Inventori

SLK30173 - Pengurusan Import & Eksport

04

Semester 4 

Latihan Industri 

Hubungi:  

Tel : 09-7950132 / 09-79501300 / 09-7185900 

Email : kkcrp2019@gmail.com

Web: https://kkcrp2020.wixsite.com/kkcrp

​

Waktu Pejabat :

Ahad - Rabu : 8am-5pm

Khamis : 8am - 3.30 pm

Lokasi : 

Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang 

Kementerian Pendidikan Tinggi 

PT 3113 & PT3114, Lebuhraya Rantau Panjang, 

17200 Rantau Panjang 

Kelantan, Malaysia 

Maklumat Pengunjung 
Peta Lokasi :
  • Facebook
  • YouTube

© 2023 by Maverick Aviation.

Proudly created with Wix.com

Terima kasih atas maklumbalas yang diberi.
bottom of page