
.png)

Prospek Kerjaya
Antara prospek kerjaya oleh bakal graduan adalah:
1. Penyelia Gudang
2. Penyelia Logistik
3. Penyelia Kargo
4. Kerani Kawalan Inventori
5. Agen Freight & Forwarding
6. Usahawan Logistik
Syarat Kemasukan
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan memperolehi keputusan LULUS SPM dan 1 KREDIT dalam matapelajaran tertentu.
Akreditasi
Sijil Perkhidmatan Logistik mendapat Akreditasi Penuh MQA (MQA/FA 11343)
Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) Kolej Komuniti
Program Sijil Perkhidmatan Logistik diwujudkan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam bidang perkhidmatan logistik seiring dengan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR). Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan asas logistik, pengurusan gudang, inventori, rantaian bekalan, pengangkutan, perolehan dan pengurusan pengagihan secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain daripada itu, program ini turut menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan.
Aktiviti Terkini Disember 2022
PROGRAM PASCA BANJIR MONSUN TIMUR LAUT POLYCC 2022 - 29 DISEMBER 2022
Program ini dikunjungi oleh Yg Bhg Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah sudi bertandang ke Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang sempena Program Pasca Banjir Monsun Timur Laut di Daerah Rantau Panjang pada 29 Disember 2022 yang lalu.

SUASANA PEMBELAJARAN
KONDUSIF
#risingexcellentlogistician