Konsep pembelajaran teradun
Sepanjang pengajian pelajar dalam program Sijil Perkhidmatan Logistik, pelajar didedahkan dengan elemen-elemen pembelajaran ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) melalui pembelajaran teradun seperti penggunaan Padlet, Google Classroom, Kahoot, Edmodo, Google Meet, Nearpod dan sebagainya. Proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas akan lebih menarik dan interaktif.
Kesan Pendemik Covid-19, telah menjadikan proses PdP adalah secara online. Ini memerlukan pelajar bersedia dan memahami aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webec dan MS Team. Kebanyakan pensyarah menggunakan Google Meet sebagai platform utama untuk PdP online.